Friday, 22 July 2011

Adakah Anda Seorang Pendidik?

Cube hayati video di bawah.


Apa Itu Art Therapy?

Kreativiti lukisan merupakan modaliti intervensi dalam sesi kaunseling. Ia sangat sesuai untuk sesi kaunseling kanak-kanak. Ia berkesan untuk klien yang tidak dapat membina hubungan dengan kaunselor dan klien yang introvert. Dengan Art Therapy, kaunselor dapat mencungkil modaliti daripada kanak-kanak normal dan kanak-kanak berpendidikan khas. Dengan melukis ia memberi peluang kepada kaunselor meneroka pengalaman klien yang tersembunyi. Art Therapy tidak memerlukan kemahiran artistik. Art Therapy mengandungi:
  1. Menyelesaikan konflik emosi
  2. Meningkatkan kesedaran diri
  3. Membina kemahiran sosial
  4. Perubahan tingkah laku
  5. Meningkatkan daya tindak
  6. Membangun strategi penyelesaian masalah
Sebagai guru, cuba anda fikirkan adakah Art Therapy sesuai diaplikasikan di sekolah?